"Pakcik ingin kongsi cerita pakcik dengan anak pakcik yang menghadiri Program Syria The Inside Story. Ketika Sheikh Khalid Al-Hindawi menjalankan sesi mengajak para pendengar menjadi penderma utk infaq kepada perjuangan Syria, pakcik mendapat BB dari anak pakcik Amir Mursyid :Amir nak minta izin.Amir nak derma RM 1000 ringgit keyh? Pakcik jawab: Amir ada duit? Amir jawab: Ada baba,RM 1450, boleh baba?. Pakcik jawab: Kalau Amir ikhlas,baba izinkan. Amir jawab: okey baba dan terus bangun memberikan namanya kepada Sheikh Khalid lantas dido’akan dikhalayak agar diterima amalan dan dimasukkan kedalam jannah. Pakcik bb dia sekali lagi dengan do’a : Ya Allah terimalah amalan sedekah anakku hambaMu jua.Amin.Jadikanlah dia muttaqien billionaire ( itulah cita cita dia). Alhamdulillah thumma alhamdulillah.itu adalah hampir 70% dari wang yang dia ada dan dia hanya seorg pelajar.kemudian adiknya Ahmad memberikan separuh dari duit bulanan dia dan abang Long dia memberikan pula wang yang ada pada tangan beliau. Ya Allah padaMu aku panjatkan kesyukuran bahawa aku telah berusaha menjadi murabbi yang baik pada anak-anakku sebagaimana aku berusaha menjadi murabbi yang baik pada anak-anak yang lain. Kekalkanlah hati dan kaki mereka dan aku diatas jalanMu. Amin……..Bagaimana kisah Umar bersaing dengan Abu Bakar kita ketahui…bagaimana kisah Ka’ab dengan infaq seluruh kebunnya sampai ke pengetahuan kita..begitu jugalah kita harus ikhlas berkongsi amalan baik sesiapa disekeliling kita agar dapat kita semarakkan jiwa pastabiqul khairat dan infiru khifafan wa tsiqalan dikalangan kita..hidup ini sangat sementara dan sangat sekejap..ia umpama tidur….jangan dibuai mimpi indah kerana realiti sebenar adalah bila kita bangun dari tidur…realiti hidup kita adalah akhirat jua.inshaAllah"
Cerita seorang Pakcik RM - Program Syria The Inside Story di Masjid MSSAAS malam td..
nak jadi muttaqin billionaire gakkk!







